Penunggang maut rempuh motosikal lain

No Image Caption
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya merempuh sebuah motosikal lain dalam satu kemalangan di KM 21.6 Lebuhraya Link Kedua (arah timur), petang semalam.

Dalam kejadian jam 7.25 malam itu, mangsa Mohd Aliff Ahmad, 25, dipercayai dalam perjalanan menuju ke Perling dari Singapura sebelum terlibat dalam nahas berkenaan.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa gagal mengawal kenderaannya lalu melanggar belakang sebuah lagi motosikal yang berada di hadapan.

“Tidak hanya itu, malah terdapat sebuah lagi motosikal yang bergesel dengan motosikal mangsa kerana gagal mengelak.

"Akibat kemalangan itu, mangsa pertama yang tercampak di tengah jalan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan telah disahkan maut di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dzulkhairi berkata, penunggang motosikal kedua dan ketiga yang mengalami kecederaan turut dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan.

Beliau berkata, lokasi kejadian telah dilawati dan mendapati ia adalah laluan pintas dengan kemudahan tiga lorong termasuk lorong kecemasan.

“Keadaan jalan rata, kering, bertar dan cuaca adalah baik. Keadaan cahaya di lokasi adalah terang (siang) semasa kemalangan berlaku,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Kes disiasat di bawah Seksyen Sek 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!