AES: Kerajaan terdesak kumpul wang?

Ahmad Amzad (kanan) menyampaikan sumbangan kepada warga emas selepas selesai Bicara Bersama Yang Berhormat Wakil-Wakil Rakyat Kuala Terengganu di Pasar Pagi Kampung Tiong.
Ahmad Amzad (kanan) menyampaikan sumbangan kepada warga emas selepas selesai Bicara Bersama Yang Berhormat Wakil-Wakil Rakyat Kuala Terengganu di Pasar Pagi Kampung Tiong.
A
A
A

KUALA TERENGGANU – Keputusan meneruskan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan menambah kamera itu dilihat seperti kerajaan terdesak mencari wang ekoran keputusan dasar yang dibuat di peringkat Pusat.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berkata, tindakan itu juga menggambarkan langkah serupa akan diambil terutama berhubung caj seumpama itu pada masa akan datang.

Menurutnya, pada mulanya, beliau melihat kecenderungan kerajaan Pusat untuk tidak meneruskan AES apabila di peringkat belanjawan Pusat menyediakan peruntukan khas pampasan kepada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang merupakan pemegang saham terbesar dalam AES.

“Apabila kerajaan (PH) mengambil alih dan diletakkan AES ini di bawah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kita ingatkan satu proses untuk membatalkan tetapi terkejut apabila Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengumumkan akan menambah lagi kamera AES.

“Ini isu sama dan berulang perkara yang sama, dia (Anthony) kata masalah kemalangan berpunca daripada kelajuan maka katanya dengan penggunaan AES ia dapat mengurangkan kemalangan jalan raya. Masalahnya tak semudah itu,” katanya kepada media sempena Bicara Bersama Yang Berhormat Wakil-wakil Rakyat Kuala Terengganu di Pasar Pagi Kampung Tiong, di sini.

Hadir sama Adun Bandar, Ahmad Shah Muhammed; Pegawai Khas Menteri Besar, Dr Balachandran Gopal Krishnan dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Tiong, Jefri Chua.

Ahmad Amzad yang juga selaku Ahli Parlimen Kuala Terengganu percaya, pengumuman itu amat mengecewakan rakyat kerana apabila lebih banyak kamera maka lebih ramai rakyat kena saman.

Beliau yakin sidang Parlimen yang akan bermula Mac depan hangat membincangkan berhubung AES ini termasuklah beliau sendiri yang akan membangkitkannya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!