92 peratus gangguan air di Klang pulih

No Image Caption
A
A
A

KLANG - Bekalan air di 31 kawasan yang terjejas akibat paip bocor dan kerja-kerja pihak ketiga di Persiaran Selangor, Seksyen 15 di sini sejak pagi semalam kembali pulih dengan peratusan pemulihan mencapai tahap 92 peratus.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Abdul Raof Ahmad berkata, hanya Taman Sentosa dan Taman Sri Andalas yang masih dalam proses pemulihan sepenuhnya

“Hingga jam 12 tengah hari tadi, bekalan air di kesemua kawasan kembali pulih kecuali dua taman perumahan yang masih dalam proses pemulihan sepenuhnya.

“Hebahan maklumat ini hanya berkaitan dengan pengguna di wilayah Klang yang terjejas akibat gangguan tidak berjadual ekoran insiden paip bocor di Seksyen 15 Shah Alam.

“Pengguna yang ingin mendapatkan makluman dan status terkini gangguan tidak berjadual ekoran insiden pencemaran bau dan hentitugas Loji Rawatan Air Sungai Semenyih pula perlu merujuk kepada laman sesawang www.syabas.com.my, aplikasi telefon bimbit Air Selangor, Facebook dan Twitter Air Selangor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan sebanyak 31 kawasan di wilayah Klang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual ekoran kebocoran paip utama berhampiran Dataran Automobil, Persiaran Selangor, Seksyen 15, di sini, awal pagi semalam.

Insiden itu menjejaskan sebanyak 99,454 jumlah akaun berdaftar di 31 kawasan terlibat.

Kejadian turut mengakibatkan pengurangan sebanyak 70 juta liter sehari ke Kolam Air Lipat Kajang.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: 31 kawasan di Klang terjejas bekalan air

ARTIKEL BERKAITAN: Baik pulih paip pecah di Persiaran Selangor giat dijalankan

ARTIKEL BERKAITAN: 5 kawasan di Klang masih terjejas bekalan air

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!