Insiden rempuhan di Madagascar ragut 16 nyawa
ANTANANARIVO - Sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh dan puluhan yang lain cedera dalam insiden rempuhan ketika sambutan hari kemerdekaan Madagascar semalam.
Saksi berkata, insiden berlaku di luar stadium Mahamasina, di mana beberapa ribu orang berkumpul untuk menyaksikan konsert susulan perarakan ketenteraan.
Insiden rempuhan pernah berlaku di stadium sama ketika perlawanan bola sepak antara Madagascar dan Senegal pada 9 September 2018, menyaksikan seorang maut dan 47 yang lain cedera. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!