Azharina sakit mata menjelang konsert

Keadaan Azharina yang mengalami sakit mata.
Keadaan Azharina yang mengalami sakit mata.
A
A
A

LAGI dua hari menjelang konsert yang bakal berlangsung pada Sabtu ini, penyanyi Azharina diduga apabila kesihatan tidak menyebelahi dirinya.

Penyanyi kelahiran Sabah ini mengalami sakit mata yang agak merisaukan. Pun begitu, jelas Azharina, show must go on.

"Persembahan harus diteruskan. Inilah harga yang perlu dibayar sebagai penghibur. Saya tidak akan mengalah. Saya akan terus berjuang selagi masih hidup dan ALLAH ada bersama saya.

"Terima kasih kepada Doktor Man TTDI yang selalu menjaga kesihatan saya. Saya serorang wanita yang kuat untuk anak-anak saya,'" tulis Azharina di laman sosial miliknya.

Terdahulu, Azharina turut memaklumkan bahawa tiket untuk menyaksikan konsertnya Concert Azharina: Queen of Soul yang bakal berlangsung di Royale Theatre Shah Alam hanya berbaki kurang 30 tiket sahaja lagi.

Konsert berdurasi dua jam itu bakal menyaksikan Azharina menyanyikan 22 lagu secara solo dan medley membabitkan lagu popularnya dan penyanyi lain.

Para peminat boleh melayari www.proticket.com.my untuk pertanyaan tiket.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!