Cerahkan bibir hitam dengan gula

No Image Caption
A
A
A
BIBIR anda hitam dan tidak berseri? Jangan khuatir, ada cara bagaimana mahu memulihkan bibir anda.

Apa yang penting rajin berusaha dan lakukan ia secara konsisten.

Tahukah anda bahawa gula menjadi bahan utama dalam pembuatan skrub bibir yang berada di pasaran?

Sebenarnya anda mampu membuat sendiri skrab bibir di rumah.

Bagaimanakah caranya? Gunakan gula kasar dengan mencampurkannya bersama jeli petroleum atau Vaseline yang boleh didapati di farmasi seperti Guardian dan Watson

Ikut sukatan ini :

1) Satu per dua cawan gula

2) 2 mililiter jeli petroleum/ Vaseline

Campurkan kedua-dua bahan hingga sebati dan sapukan pada bibir dalam gerakan membulat selama tiga hingga empat minit.
Artikel Berkaitan:


Biarkan ia sekitar 10 ke 15 minit, kemudian bersihkan bibir anda dengan air bersih.

Sekiranya anda tiada Vaseline, boleh gantikan ia dengan air suam.

#Selamat mencuba ya!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!