Petua halau tikus
NAJIS dan air kencing tikus yang bersepah sana sini pasti membuatkan anda buntu dan tidak senang duduk. Ia bukan sahaja menimbulkan bau busuk bahkan juga berbahaya kepada kesihatan anda.
Jadi, bagaimanakah cara untuk menghalau haiwan perosak ini? Anda boleh cuba tip berikut.
1) Minyak pudina
Cuba sapu minyak pudina pada kain dan letakkan di tempat yang menjadi laluan tikus-tikut. Contohnya, bawah meja atau tepi almari. Buat pengetahuan anda, tikus cukup tidak menyukai bau pudina. Insya-ALLAH, tikus akan menghilangkan diri dan tidak lagi mengganggu kediaman anda.
2) Daun pandan
Seperti kita tahu, daun pandan bertindak sebagai agen pewangi semula jadi untuk kediaman. Daun ini tidak disukai tikus. Cuba gunakan daun ini untuk menghalau tikus dengan meletakkannya di laluan yang menjadi kegemarannya.
3) Buah mengkudu
Ambil dua atau tiga biji buah mengkudu dan potong kepada beberapa bahagian. Kemudian letak dalam mangkuk di kawasan yang sering dilalui tikus. Bau buah mengkudu yang menyengat dapat menghalau tikus.
#Ingat, lakukan secara konsisten baru anda dapat lihat keberkesanannya. Selamat mencuba!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!