Cari ikon baharu ganti Moorthy

Ahmad Amzad sempat meninjau Pasar Pagi Kampung Tiong sempena Bicara Bersama Yang Berhormat Wakil-Wakil Rakyat Kuala Terengganu di Pasar Pagi Kampung Tiong.
Ahmad Amzad sempat meninjau Pasar Pagi Kampung Tiong sempena Bicara Bersama Yang Berhormat Wakil-Wakil Rakyat Kuala Terengganu di Pasar Pagi Kampung Tiong.
A
A
A

KUALA TERENGGANU – Satu ikon baharu perlu diketengahkan yang dilihat mampu menyatupadukan rakyat harus dicari bagi menggantikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P Waytha Moorthy.

Pengarah Jabatan Penerangan Pas Pusat, Ahmad Amzad Hashim berkata, langkah itu perlu kerana Menteri Perpaduan itu tidak dapat berfungsi untuk mempromosikan penyatuan sebaliknya mewujudkan lebih banyak persepsi negatif dalam kalangan rakyat ketika ini.

“Berhubung dengan isu Menteri Perpaduan ini, saya tengok dia telah menjadi sebegitu rupa sehingga dilihat menteri yang ada sekarang ini tidak berfungsi dan lebih banyak menerima pandangan negatif daripada rakyat.

“Apatah lagi ia dianggap menjadi penyebab ketegangan yang berlaku khususnya kejadian di Kuil Sri Maha Mariamman tempoh hari dan ditambah dengan kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Hashim yang begitu mendukacitakan rakyat," katanya di sini, semalam.

Ahmad Amzad yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata, sudah tiba masanya kerajaan mempertimbangkan perkara itu kerana sebagai menjaga perpaduan, Moorthy dilihat tidak memberi kesan nilai tambah kepada perpaduan di dalam negara ketika ini.

Beliau yang kesal dengan apa yang sedang berlaku juga berharap suara rakyat berhubung perkara itu diberi perhatian serius kerajaan persekutuan.

Terbaharu, Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah turut menyokong tindakan pelbagai pihak yang mahu Moorthy meletak jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!