RM43.4 juta kutipan zakat online Melaka

Abdul Halim
Abdul Halim
A
A
A

MELAKA TENGAH - Zakat Melaka berjaya mencatatkan kutipan sebanyak RM43.4 juta menerusi pembayaran zakat atas talian dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abdul Halim Ismail berkata, sehingga 20 Jun lalu bilangan pembayar zakat yang menggunakan pembayaran atas talian ialah seramai 38,472 orang sekali gus menunjukkan peningkatan sebanyak 2.6 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

"Kadar kutipan itu meningkat hampir 10 peratus berbanding tanpa menggunakan sistem itu dalam tempoh sama tahun lalu.

"Sebelum sistem ini digunakan, kutipan zakat pada tahun lalu sebanyak RM39.4 juta dengan bilangan pembayar 37,496 orang," katanya.

Abdul Halim berkata, dengan adanya kemudahan sistem membayar atas talian akan lebih memudahkan pengguna melaksanakan pembayaran dan pemotongan zakat secara terus, lebih efisien dan menjimatkan masa.

"Selain itu Zakat Melaka sentiasa mengalu-alukan orang ramai menggunakan kemudahan itu daripada Bank Muamalat sekali gus melayakkan untuk mendapat pelepasan cukai pendapatan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!