Bantu mereka ke rumah ALLAH!

Orang asli suku Bateq yang beragama Islam perlu diberi bimbingan dalam agama.
Orang asli suku Bateq yang beragama Islam perlu diberi bimbingan dalam agama.
A
A
A

GUA MUSANG - Komuniti Felda Aring 1, di sini, mencadangkan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) menyediakan kemudahan pengangkutan kepada orang asli Aring 5 dan Kampung Kuala Koh agar mereka dapat menunaikan solat Jumaat bersama di Masjid Felda Aring 1.

Wakil peneroka, Ruzelan Romli berkata, sekiranya dalam isu yang membabitkan orang asli Kuala Koh baru-baru ini, jabatan mampu menyediakan pengangkutan ke klinik dan hospital, kenapa tidak untuk kegunaan dalam mendalami agama Islam.

Katanya, ekoran masalah pengangkutan, orang asli sukar keluar solat Jumaat setiap minggu dan perkara ini wajar dipandang serius.

"Kemudahan pengangkutan ini adalah perlu kerana mereka (orang asli) tidak mempunyai pengangkutan sendiri.

"Di sini, kami mempunyai 173 peneroka dan kedatangan orang asli dari dua buah kampung itu mampu mengimarahkan masjid.

"Mereka yang memeluk Islam sewajarnya diberi pendedahan mendalam dalam ajaran agama. Jangan hanya islamkan mereka sahaja tanpa bimbingan," katanya.

Tambah Ruzelan, dalam kes melibatkan kematian orang asli di Kuala Koh, sudah tiba masanya pembangunan di kawasan orang asli diberi perhatian.

"Orang asli suku Bateq jauh ketinggalan biarpun tinggal tidak jauh dari bandar. Mereka tidak diberikan perhatian dari segi pembangunan, kemudahan asas dan kehidupan.

Artikel Berkaitan:

"Sudah tiba masanya mereka mendapat kemudahan sewajarnya termasuk bekalan air bersih dan elektrik," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!