KKM nafi bayi cedera dalam kemalangan ambulans

Laporan Sinar Harian mengenai kemalangan melibatkan sebuah ambulans milik Hospital Melaka di Lebuh Ayer Keroh pada 25 Jun lalu.
Laporan Sinar Harian mengenai kemalangan melibatkan sebuah ambulans milik Hospital Melaka di Lebuh Ayer Keroh pada 25 Jun lalu.
A
A
A

MELAKA - Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan bayi lelaki berusia 48 hari turut mengalami kecederaan dalam kejadian kemalangan melibatkan sebuah ambulans milik Hospital Melaka di Lebuh Ayer Keroh pada 25 Jun lalu.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr Rushidi Ramly berkata, hanya pegawai perubatan sahaja yang mengalami kecederaan dan keadaannya stabil, manakala dua lagi mangsa kemalangan telah dirawat sebagai pesakit luar.

Menurutnya, tiada kecederaan didapati berlaku kepada bayi berkenaan seperti yang ditularkan di dalam media sosial. Orang ramai dipohon tidak menyebarkan maklumat tidak benar mengenai kejadian ini.

"Pihak Jabatan Kesihatan Negeri Melaka kesal dengan kejadian malang ini. Mangsa yang telah dikenal pasti terlibat dalam kemalangan ini terdiri daripada seorang pemandu ambulans, pegawai perubatan, jururawat terlatih dan bayi berusia 48 hari.

"Insiden ini berlaku ketika ambulan tersebut dalam perjalanan membawa pulang pesakit iaitu bayi berkenaan yang telah mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Keempat-empat mangsa telah dibawa ke Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka untuk rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sinar Harian 27 Jun lalu melaporkan empat cedera termasuk bayi berusia sebulan selepas ambulans yang dinaiki mereka hilang kawalan lalu terbabas ke pembahagi jalan dan melanggar pokok di Lebuh Ayer Keroh.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!