Penunggang motosikal maut digilis treler

Mangsa meninggal di tempat kejadian dan dibawa ke HTAR untuk proses bedah siasat. - Foto Facebook
Mangsa meninggal di tempat kejadian dan dibawa ke HTAR untuk proses bedah siasat. - Foto Facebook
A
A
A

PELABUHAN KLANG - Seorang penunggang motosikal maut selepas digilis sebuah lori treler di Jalan Pelabuhan Barat di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 pagi, mangsa, Khairul Ikhwan Mohd Isa, 22, maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, mangsa dalam perjalanan dari Pelabuhan Klang ke Klang menunggang motosikal jenis Yamaha FZ 150.

“Hasil siasatan mendapati, lelaki terbabit dipercayai dilanggar sebuah treler dari belakang berdasarkan kerosakan yang terdapat pada motosikal mangsa.

“Mangsa dipercayai terjatuh ke atas jalan dan digilis lori terbabit,” katanya ketika dihubungi.

Mangsa yang beralamat di Taman Telok Kapas, Rantau Panjang dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk proses bedah siasat.

Kes disiasat di bawah di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!