NGO berada di barisan hadapan hulur bantuan

Sebahagian ahli Persatuan Komunikasi dan Keselamatan Melayu Kedah yang turun padang pada Program Agihan Sumbangan Makanan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini tadi.
Sebahagian ahli Persatuan Komunikasi dan Keselamatan Melayu Kedah yang turun padang pada Program Agihan Sumbangan Makanan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini tadi.
A
A
A

ALOR SETAR - Persatuan Komunikasi dan Keselamatan Melayu Kedah berhasrat menjadi badan bukan kerajaan (NGO) berada di barisan hadapan dalam membantu orang ramai ketika bencana.

Presidennya, Abd Rahman Shaari berkata, pihaknya sentiasa bekerja rapat dengan pelbagai pihak berkuasa berkaitan tiba di lokasi kejadian sebaik menerima maklumat untuk menghulurkan bantuan.

"Malah, kita yang berada di barisan hadapan dibekalkan beberapa peralatan tersendiri seperti walkie talkie yang akan digunakan dalam usaha membantu penduduk memerlukan ketika berlaku bencana.

"Jadi, apabila kita menerima laporan berlaku kejadian ribut misalnya, maka kita akan sampai dulu demi membersihkan kawasan kejadian dengan menebang pokok dan sebagainya," katanya pada sidang media selepas Program Agihan Sumbangan Makanan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini hari ini.

Abd Rahman
Abd Rahman

Terdahulu, Persatuan Komunikasi dan Keselamatan Melayu Kedah menyerahkan kira-kira 150 bungkusan makanan kepada pesakit di HSB.

Abd Rahman berkata, aktiviti yang julung kali diadakan itu demi menyantuni pesakit, sekali gus memperkenalkan lagi kewujudan NGO itu.

"Peranan persatuan yang memiliki lebih kurang 100 ahli itu masih kurang disedari masyarakat, justeru pelbagai aktiviti diatur demi memperkenalkan NGO ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tambah Abd Rahman, pihaknya bergantung kepada sumbangan pihak tertentu untuk melakukan aktiviti memandangkan belum memiliki dana tetap.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!