Pelajar Malaysia meninggal dunia ketika sertai marathon di UK

Foto: Swansea Half Marathon
Foto: Swansea Half Marathon
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang pelajar Malaysia, Wil Sern Ong, 21, meninggal dunia ketika menyertai acara JCP Swansea Half Marathon di United Kingdom (UK), Ahad lalu.

Penganjur acara larian melalui satu kenyataan, memaklumkan pelajar Kejuruteraan Persekitaran di Swansea University itu rebah beberapa meter dari garis penamat.

Sern Ong kemudian dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan, sebelum disahkan meninggal dunia.

“Ia adalah penyertaan keduanya dalam acara larian ini. Sern Ong berjaya menamatkan lariannya ketika menyertai acara sama pada tahun lalu.

“Semua pihak terbabit dalam acara JCP Swansea Half Marathon sedih dengan pemergian Sern Ong. Kami berhubung rapat dengan ahli keluarga dan membantu mereka pada waktu sukar ini,” kata penganjur seperti dipetik portal berita Channel News Asia, hari ini.

Portal itu turut melaporkan, ahli keluarga Sern Ong sangat bersedih dengan kehilangan pelajar itu.

Ibu saudara kepada Sern Ong dilaporkan menyifatkan remaja itu sebagai istimewa dan berpotensi mengecap pelbagai kejayaan dalam hidupnya.

Sehubungan itu, satu pungutan sumbangan melalui laman web dana awam bagi mengumpul sumbangan berjumlah 1,270 pound (RM5,293) untuk ahli keluarganya, manakala lebihan daripada pungutan itu akan disumbangkan kepada gereja Argyle and Rhyddings Park Presbyterian.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!