Banjir termenung mulai surut

Percubaan pam baharu yang berfungsi dengan baik membantu mengalirkan keluar air bah yang melanda kampung itu.
Percubaan pam baharu yang berfungsi dengan baik membantu mengalirkan keluar air bah yang melanda kampung itu.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Musibah banjir 'termenung' yang melanda Kampung Asahan, di sini dilaporkan beransur pulih selepas sesi percubaan pam baharu beroperasi dengan baik.

Adun Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli menjelaskan, hasil desakan pentadbir tanah dan peringatan yang dibangkitkan dalam sidang Dun terhadap isu Kampung Asahan akhirnya membuahkan hasil.

Juwairiya (dua,kiri) meninjau pam air bersama Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (tengah), Pegawai Daerah Kuala Selangor, Shamsul Shahril Badliza Mohd Noor (dua,kanan) dan pimpinan setempat.

Menurutnya, jika sebelum ini masalah disebabkan kelewatan projek naik taraf pam bagaimanapun dapat diselesaikan apabila pam terbabit berfungsi dalam sesi percubaan baru-baru ini.

"Alhamdulillah, proses penyaluran keluar air bah dari kawasan kampung dapat dipercepatkan sekali gus mengurangkan kebimbangan penduduk.

"Terima kasih juga kepada semua pihak yang berusaha memastikan keadaan banjir di Kampung Asahan ini dapat ditangani dengan kadar segera," katanya.

Katanya, sebahagian mangsa banjir juga mula dibenarkan pulang ke rumah masing-masing secara berperingkat selepas air mulai surut sepenuhnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!