'Dulu malu ditahan kerana rasuah, hari ini bagai pesta'
SHAH ALAM - Tiada herdikan sosial dalam kalangan masyarakat menyebabkan mereka yang melakukan kesalahan rasuah tidak berasa malu.
Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, herdikan sosial itu adalah satu perbuatan keji masyarakat yang dibuat menunjukkan perasaan tidak suka.
Menurutnya, masyarakat secara automatik akan memberi hukuman walaupun mahkamah belum menjatuhkan hukuman kepadanya.
“Masyarakat akan menunjukkan cara mereka yang mereka tidak suka perbuatan itu,” katanya pada Program Bicara Minda Sinar Harian di Dewan Karangkraf, semalam. Menurutnya, masalah yang berlaku hari ini adalah mereka yang dituduh dilihat terlalu gembira berbeza pada waktu dahulu.
“Seolah-olah bagai satu pesta di mahkamah apabila dituduh.
“Di sesetengah negara apabila berlaku satu kesalahan dan dibawa ke mahkamah mereka merasakan ia adalah perkara yang memalukan sehingga mereka meletakkan jawatan. Kita mahukan budaya seumpama ini,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!