AS kenakan sekatan terhadap anak lelaki Presiden Maduro

Nicolas Ernesto Maduro Guerra. - Foto Reuters
Nicolas Ernesto Maduro Guerra. - Foto Reuters
A
A
A

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) semalam mengenakan sekatan terhadap anak lelaki Presiden Venezuela, Nicolas Maduro kerana berkhidmat untuk rejim bapanya.

"Maduro bergantung kepada anaknya, Nicolasito dan mereka yang rapat dengan rejim autoritarian bagi menguasai ekonomi dan menekan rakyat Venezuela," kata Setiausaha Perbendaharaan AS, Steven Mnuchin ketika mengumumkan perkara itu.

"Perbendaharaan akan terus menyasarkan pihak yang mengambil kesempatan susulan penyelewangan Maduro," kata Mnuchin.

Tindakan sekatan menyaksikan segala aset milik Nicolas Ernesto Maduro Guerra di AS dibekukan selain rakyat dan institusi negara itu dilarang menjalankan sebarang urusan perniagaan dengannya.

Sekatan tersebut dikenakan pada ketika Presiden Maduro berusaha memperkuatkan kerajaannya ekoran rampasan kuasa yang gagal oleh pemimpin pembangkang utama Venezuela, Juan Guaido. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!