Mantin tumpuan peminat raja buah

Arul Kumar (tengah) meraikan pengamal media Negeri Sembilan dengan durian.
Arul Kumar (tengah) meraikan pengamal media Negeri Sembilan dengan durian.
A
A
A

NILAI - Bagi peminat durian, kawasan di sekitar Mantin di sini antara lokasi yang menjadi tumpuan untuk mencari raja buah berkenaan.

ADUN Nilai, J Arul Kumar berkata, setiap kali tibanya musim, di sepanjang Jalan Batu 8 Mantin sehingga ke Batu 12, meriah dengan lebih 20 gerai menjual buah berkenaan.

“Saya boleh katakan kawasan Mantin ini jadi pesta buah durian dan anda boleh tengok setiap hujung minggu jalan sesak hanya kerana ramai berhenti di tepi jalan untuk beli durian.

“Saya difahamkan bukan saja penduduk dari Negeri Sembilan, tapi dari Lembah Klang pun datang cari durian di sini dan terdapat beberapa gerai yang popular bagi peminat durian,” katanya ketika ditemui meraikan pengamal media dengan durian di sebuah dusun di sini. Menurutnya, persaingan itu menyebabkan peniaga sama-sama menawarkan harga murah sehingga ada yang ‘bergaduh’ berebut pelanggan.

Beliau berkata, pihaknya difahamkan terdapat beribu-ribu ekar kebun durian di kawasan Mantin dan setiap kali tibanya musim ia dapat beri pulangan lumayan kepada pemilik.

“Kita sedia maklum durian ini terdapat pelbagai jenis dan harganya juga berbeza. Bila musim buah-buahan begini, ia setidak-tidaknya menjadikan Mantin popular.

“Bukan saja ada durian, tapi buah-buahan lain seperti manggis, nangka dan rambutan. Sebab itulah saya jemput media untuk berkongsi kemeriahan musim durian dan buah-buahan di sini,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!