Nasib papan tanda bahasa Mandarin di Tanjung Sepat minggu depan

Gambar hiasan. - Foto sumber internet
Gambar hiasan. - Foto sumber internet
A
A
A

KUALA SELANGOR - Keputusan sama ada papan tanda jalan dalam bahasa Mandarin yang dipasang di Tanjung Sepat, Kuala Langat akan diturunkan atau tidak akan diumumkan minggu hadapan kata Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Katanya, isu mengenai papan tanda berkenaan yang menjadi hangat sejak minggu lepas telah dibincangkan dan diputuskan di Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada Rabu lepas.

"Saya akan unum nanti, kita sudah buat keputusan dalam MMKN, tetapi kita harus menetapkan dan memutuskan minit tersebut terlebih dahulu.

"Saya juga telah mengadakan pertemuan dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengenai perkara ini, dan Insya-ALLAH keputusannya akan diumum minggu hadapan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bridge of Dreams di Eco Grandeur di sini.

Turut hadir Pengerusi EcoWorld, Tan Sri Liew Kee Sin dan Anggota Dewan Undangan Negeri Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman.

Papan tanda itu menjadi isu apabila ia memaparkan tulisan bahasa Mandarin dan Sultan Sharafuddin pada November tahun lepas menitahkan supaya ia diturunkan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!