Amirudin seru rakyat sokong kerajaan

Anwar meluangkan masa menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PH Selangor, Parlimen Gombak dan DUN Sungai Tua hari ini.
Anwar meluangkan masa menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PH Selangor, Parlimen Gombak dan DUN Sungai Tua hari ini.
A
A
A

BATU CAVES - Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari menyeru rakyat menyokong kerajaan dalam memulihkan ekonomi negara.

Amirudin berkata, banyak tambah baik yang telah dilakukan termasuk kes Tabung Haji dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) sejak Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan.

Malah menurutnya, kerajaan negeri Selangor juga turut menunjukkan pencapaian membanggakan selepas berjaya membawa masuk pelaburan sebanyak RM18.7 bilion tahun lepas.

"Marilah kita bersama-sama membantu kerajaan Persekutuan memulihkan ekonomi negara untuk mengembalikan Malaysia sebagai harimau Asia.

Amirudin (kanan) melayan tetamu yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PH Selangor, Parlimen Gombak dan DUN Sungai Tua hari ini.
Amirudin (kanan) melayan tetamu yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PH Selangor, Parlimen Gombak dan DUN Sungai Tua hari ini.

"Kepimpinan negara dan negeri kini senada dalam polisi serta pendekatan. Dengan ini kita dapat mengolah perancangan, strategi bersama demi kemakmuran negara," katanya berucap di sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PH Selangor, Parlimen Gombak dan DUN Sungai Tua.

Kira-kira 5,000 tetamu menghadir majlis tersebut yang diadakan di Padang Awam Batu Caves bermula jam 10 pagi hingga 1 petang.

Turut hadir Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; timbalannya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Pengerusi Parti Bersatu Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari dan Timbalan Angkatan Muda Keadilan Pusat, Muhammad Hilman Idham.

Artikel Berkaitan:

Amirudin berucap di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PH Selangor, Parlimen Gombak dan DUN Sungai Tua yang berlangsung di Padang Awam Batu Caves.
Amirudin berucap di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PH Selangor, Parlimen Gombak dan DUN Sungai Tua yang berlangsung di Padang Awam Batu Caves.

Amirudin yang juga ADUN Sungai Tua berharap penganjuran majlis rumah terbuka diharap dapat memperkukuh muafakat disaat kerajaan sedang berusaha memulihkan perjalanan ekonomi negeri dan negara.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!