Surat layang hanya fitnah: Mohammadin

Mohammadin melancarkan Pesta Pelancongan Kebudayaan dan Sukan Dua Negara Thailand-Malaysia di sini malam tadi.
Mohammadin melancarkan Pesta Pelancongan Kebudayaan dan Sukan Dua Negara Thailand-Malaysia di sini malam tadi.
A
A
A

NARATHIWAT - Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohammadin Ketapi menegaskan, pihaknya beliau tidak tahu-menahu tentang 'surat layang' yang tular menggunakan nama ‘Pegawai Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya’ sebagai pengirimnya yang dihantar kepada Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad yang tular sejak beberapa hari lalu.

Sebaliknya Ahli Parlimen Silam, Sabah itu menyifatkan isu dalam surat layang yang mengkritiknya itu hanyalah fitnah terhadap dirinya.

"Semua ini fitnah. Sebenarnya ia tidak berlaku. Isu ini hanya tersebut didalam portal berita," katanya dalam satu sidang media selepas melancarkan Pesta Pelancongan Kebudayaan dan Sukan Dua Negara Thailand-Malaysia di sini malam tadi.

Beliau berkata, isu tersebut mungkin timbul disebabkan wujudnya rasa bimbang sesetengah pihak.

"Mungkin ada pihak yang rasa dia akan dipinggirkan, jadi ini cara untuk pihak itu mempertahankan diri," katanya.

Ujar beliau, isu itu berlaku mungkin disebabkan tindakannya yang ingin membawa balik bekas ketua setiausaha kementerian.

"Mungkin disebabkan ada seseorang yang berangan-angan terlalu tinggi sehingga tidak tahu batas-batas kuasa," tambahnya.

Terdahulu tular mengenai suerat yang antara intipati surat layang itu menyebut agar Dr Mahathir menasihati Mohammadin yang dilihat gagal mengendali kementerian dan melakukan kemungkaran selama berkhidmat di kementerian terbabit.

Artikel Berkaitan:

Timbalan Menteri kementerian itu kemudian dikaitkan sebagai dalang sebelum Muhammad Bakhtiar Wan Chik tampil menafikan dan menegaskan akan membuat tindakan undang-undang terhadap pihak yang menuduhnya.

Sementara itu, Mohammadin berkata laporan yang mendakwa bangunan Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) di Kuala Lumpur akan dirobohkan demi membina 21 tingkat bangunan pejabat baharu adalah tidak berasas.

Sebaliknya Mohammadin berkata, perkara itu belum dilulus mahupun dibincang dalam Kabinet.

“Kalau seorang pegawai kerajaan, ada pegawai tertinggi tidak mempunyai dia akan bercakap seolah-olah 'senseless'.

“Jadi saya tak tahu maksud seorang pegawai tinggi kerajaan yang seolah-olah tak tahu apa yang dia cakap,” katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan pegawai yang dimaksudkan.

Laporan bahawa MaTic akan dirobohkan untuk membina bangunan pejabat 21 tingkat merujuk laporan portal TwentyTwo13.com pada 28 Jun lalu.

"Saya tak faham kalau ada seorang pegawai kerajaan yang tak punya 'sense' yang baik dia akan bercakap seolah-olah tiada pengetahuan.

Tempat ini belum dirobohkan malah projek yang diutarakan ini belum dibawa atau diluluskan di kabinet.

Saya tak faham kenapa pegawai tinggi kerajaan tak tahu apa yang dia cakap," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!