15 termasuk empat kanak-kanak maut dinding runtuh di India

Pekerja keselamatan mencari mangsa di lokasi runtuhan di bandar Pune yang mengorbankan sekurang-kurangnya 15 nyawa pada hari ini. - Foto AFP
Pekerja keselamatan mencari mangsa di lokasi runtuhan di bandar Pune yang mengorbankan sekurang-kurangnya 15 nyawa pada hari ini. - Foto AFP
A
A
A

NEW DELHI - Sekurang-kurangnya 15 orang termasuk empat kanak-kanak maut apabila sebuah dinding runtuh dan menghempap pondok pekerja di luar sebuah kompleks apartmen di barat India, kata polis.

Menurut polis, kebanyakan mangsa yang maut sedang tidur apabila dinding bata setinggi 3 meter itu runtuh lalu menghempap pondok pekerja buruh yang bekerja di tapak pembinaan berhampiran.

Dua mangsa yang turut tercedera dalam insiden terbabit kini menjalani rawatan di hospital.

Polis tempatan berkata, operasi mencari mangsa yang berkemungkinan masih hidup kini dijalankan.

Pekerja keselamatan membawa keluar mayat dari lokasi runtuhan di bandar Pune, India. - Foto AFP
Pekerja keselamatan membawa keluar mayat dari lokasi runtuhan di bandar Pune, India. - Foto AFP

Pondok pekerja berkenaan yang terletak di bandar Pune, negeri Maharashtra kebanyakannya diduduki pekerja migran dari utara India.

Pihak berkuasa mengarahkan siasatan berhubung insiden terbabit dan mengumumkan pampasan kepada keluarga mangsa yang terbunuh.

Jutaan buruh India dan keluarga mereka sering tinggal di tapak pembinaan atau pondok sementara bagi menjimatkan kos penginapan.

Artikel Berkaitan:

Insiden terbabit merupakan yang terbaharu melibatkan nahas bangunan di India yang kerap terjadi pada musim hujan sekitar bulan Jun hingga September. - AFP

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!