Pemain Malaysia diharap lebur rekod Chong Wei
LEGENDA badminton negara Datuk Lee Chong Wei harap akan ada pemain Malaysia yang mampu melebur rekodnya selaku pemain yang menghuni tangga nombor satu dunia paling lama.
Pemenang pingat perak tiga kali Sukan Olimpik itu mendapat pengiktirafan dalam The Brandlaureate Book of World Records atas pencapaian cemerlangnya, apabila muncul sebagai satu-satunya pemain badminton yang menduduki ranking nombor satu dunia selama 348 minggu, atau enam tahun dan lapan bulan.
Chong Wei juga pernah berada di takhta teratas dunia dalam acara perseorangan lelaki selama 199 minggu berturut-turut, selain memenangi 69 kejuaraan individu.
"Terima kasih The Brandlaureate Book of World Records. Anugerah ini sangat bermakna terhadap saya. Saya amat berharap pemain yang bakal pecah rekod saya ini nanti pun anak Malaysia, yang lagi ‘terrer’ (hebat), lagi mantap, mungkin lagi ‘handsome’,” katanya dalam entri terkini yang dimuat naik di akaun Instagramnya hari ini.
Chong Wei, 37, yang mengumumkan persaraan pada 13 Jun lalu menerima anugerah itu dalam majlis yang diadakan di sebuah hotel di ibu negara, Khamis. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Manchester United diaibkan Bournemouth di Old Trafford
23 Disember 2024 12:35amHatrik Hidalgo bantu Pahang mara separuh akhir Piala Malaysia
22 Disember 2024 11:50pmTonggak Harimau Malaya barakan motivasi Sabah di Likas
22 Disember 2024 10:15pmKRW miliki DNA TRW - Ultras Kelantan
22 Disember 2024 04:24pmPengganti Bin Shen mesti ada sentuhan magis untuk emas Olimpik - Razif
22 Disember 2024 04:09pm18 polis Indonesia ditahan lakukan pemerasan terhadap rakyat Malaysia
22 Disember 2024 07:30amPencarian MH370 mungkin berhasil
22 Disember 2024 07:00amJojo mahu tuntut bela kekalahan abang di tangan Estupinan
22 Disember 2024 07:40amTerpaksa jual kambing serendah RM400 seekor untuk beli perabot
22 Disember 2024 08:10amPas pertikai tindakan PM mahu adakan PRU lebih awal
22 Disember 2024 01:14pm