PATI dicekup, tidak sempat kunjung bertemu saudara

Salah seorang lelaki warga Indonesia yang ditahan PPM ketika dalam perjalanan dari Pulau Ketam menuju ke Pelabuhan Klang, semalam.
Salah seorang lelaki warga Indonesia yang ditahan PPM ketika dalam perjalanan dari Pulau Ketam menuju ke Pelabuhan Klang, semalam.
A
A
A

PELABUHAN KLANG - Hajat dua pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk berjumpa saudaranya di sini, terbantut apabila dicekup Pasukan Polis Marin (PPM).

Operasi Ops Pensura itu mengesan PATI terbabit ketika menaiki sebuah bot penumpang di Laut Sungai Agas, di sini, kira-kira jam 2 petang, semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Pelabuhan Klang, Deputi Superintendan Khairuddin Jamal berkata, pemeriksaan mendapati dua lelaki terbabit adalah warga Indonesia yang masing-masing berusia 17 dan 29 tahun.

"Pemeriksaan mendapati dua PATI terbabit tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

"Mereka ini juga adalah pekerja buruh yang dalam perjalanan dari Pulau Ketam untuk ke Pelabuhan Klang dipercayai untuk berjumpa saudara mereka di sana," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Beliau berkata, tiada kejadian tidak diingini semasa penahanan kedua-dua PATI itu.

Katanya, siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63.

"Kita sentiasa pandang serius dengan sebarang kesalahan di perairan negara yang dilakukan dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu sekiranya dikesan menyalahi undang-undang," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!