Lake View Resort buka peluang pekerjaan kepada belia

Rina ketika merasmikan Serdang Lake View Resort hari ini.
Rina ketika merasmikan Serdang Lake View Resort hari ini.
A
A
A

KULIM - Pembukaan Serdang Lake View Resort di pekan Serdang di sini secara tidak langsung membuka peluang pekerjaan kepada golongan belia selain memacu ekonomi penduduk setempat.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, resort diuruskan sepenuhnya Keda Resort & Holidays Sdn Bhd.

Menurutnya, ia dilengkapi 33 bilik dan dua bilik asrama bagi lelaki dan perempuan termasuk sebuah dewan.

"Diharapkan resort ini dapat meningkatkan ekonomi melalui penganjuran program-program selain membuka peluang pekerjaan khususnya kepada golongan belia di kawasan ini.

"Aktiviti di resort ini perlu dipergiatkan promosinya melalui media sosial seperti Facebook, Twitter dan sebagainya dan perlu uarkan-uarkan pakej yang menarik supaya ia termasuk dalam aktiviti boleh disenarai dalam pelancongan negeri Kedah," katanya.

Serdang Lake View Resort.
Serdang Lake View Resort.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Serdang Lake View Resort, di sini hari ini.

Tambahnya, beliau harap kemudahan-kemudahan di resort itu dapat ditambah sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

Artikel Berkaitan:

"Sebagai contoh kita ada tasik yang cantik, kita boleh gunakan tasik itu bagi mengadakan aktiviti sukan air, (bina) restoran terapung dan sebagainya," katanya.

Rina berkata, di Serdang, resort berkenaan satu-satunya dilengkapi pelbagai kemudahan memandangkan di kawasan itu kebanyakannya rumah inap desa.

Harga sewaan kepada pengunjung bermula daripada RM108 dan ke atas.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!