Sasar lima juta pelancong ke Sepang

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari merasmikan pelancaran Tahun Melawat Sepang 2020 dan Festival Kebudayaan dan Warisan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA) di sini.
Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari merasmikan pelancaran Tahun Melawat Sepang 2020 dan Festival Kebudayaan dan Warisan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA) di sini.
A
A
A

SEPANG - Majlis Perbandaran Sepang menyasarkan lima juta pelancong dengan hasil pendapatan sebanyak RM5 billion untuk berkunjung ke daerah Sepang sempena Tahun Melawat Sepang 2020.

Jumlah tersebut disasarkan melibatkam 80 peratus pelancong tempatan dan 20 peratus pelancong antarabangsa.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang, Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata, dengan tema “Sepang Gerbang Negara”, Tahun Melawat Sepang 2020 dilihat menepati matlamat hala tuju Kerajaan Selangor yang mahukan sektor pelancongan menjadi penyumbang kepada pendapatan negeri.

"Sasaran ini mampu dicapai kerana ia diadakan seiring dengan program Tahun Melawat Malaysia yang akan turut diadakan pada tahun hadapan selain dari Sepang turut merupakan pintu masuk utama negara ini.

"Saya juga difahamkan pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menyasarkan kedatangan pelancong sebanyak 30 juta dengan nilai RM100 bilion sempena Tahun Melawat Malaysia 2020," katanya.

Mohd Fauzi ketika berucap pada Majlis Pelancaran Tahun Melawat Sepang dan Festival Kebudayaan dan Warisan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA) di sini.
Mohd Fauzi ketika berucap pada Majlis Pelancaran Tahun Melawat Sepang dan Festival Kebudayaan dan Warisan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA) di sini.

Beliau berkata demikian pada ucapan Majlis Pelancaran Tahun Melawat Sepang dan Festival Kebudayaan dan Warisan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA) di sini.

Katanya, Tahun Melawat Sepang 2020 sangat signifikan dengan Tahun Melawat Malaysia 2020 dan Tahun Melawat Selangor 2020.

Artikel Berkaitan:

"Ia bukan sahaja mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama, tetapi juga mampu mengetengahkan kepelbagaian yang kita ada sebagai tarikan.

"Dengan terletaknya Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dan KLIA2 sebagai pintu masuk utama ke Malaysia di daerah Sepang, Sepang Internatinal Curcuit (SIC) dan Cyberjaya, daerah Sepang kini dilihat berada di fasa lebih bersedia bagi menjelmakan Sepang sebagai Daerah Pelancongan yang dinamik," katanya.

Menurutnya, prestasi sektor pelancongan yang telah dicapai setakat ini akan terus memberi perangsang kepada kita semua untuk meningkatkan usaha untuk memajukan lagi sektor ini.

"Ia demi memastikan Selangor terus menjadi destinasi utama pilihan pelancong.

"Sektor pelancongan merupakan antara sektor utama dan terpenting dalam menjana pertumbuhan ekonomi di seluruh dunia," katanya.

Jelasnya, pertumbuhan sektor pelancongan bukan sahaja melebihi pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) di lebih 100 negara, malah juga melebihi sektor-sektor lain.

"Ia turut merangkumi pelbagai sektor antaranya seperti kewangan dan perniagaan, perkilangan dan pengangkutan untuk tujuh tahun berturut-turut.

"Saya percaya, sektor kebudayaan juga bergerak selari dan saling melengkapi dengan sektor pelancongan bagi memajukan daerah Sepang sebagai destinasi pelancongan dan kebudayaan bertaraf dunia," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!