Tinggalkan nota buat isteri sebelum ditemui mati

Seorang lelaki meninggalkan nota kepada isterinya ditemui dalam poket baju dalam kejadian di Kampung Sri Sepuluh, petang tadi.
Seorang lelaki meninggalkan nota kepada isterinya ditemui dalam poket baju dalam kejadian di Kampung Sri Sepuluh, petang tadi.
A
A
A

KUALA KRAI - Seorang lelaki berusia 25 tahun sempat menulis nota buat isterinya sebelum ditemui mati di Kampung Sri Sepuluh, petang tadi.

Nota berbunyi 'Selamat tinggal sayang, biarlah berakhir begini, abang tak pernah menyesal ketika bersama sayang, assalamualaikum...salam terakhir ' ditemui dalam poket baju dipakai lelaki berkenaan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Wan Fauzi Wan Ishak berkata, hasil siasatan awal mendapati lelaki terbabit bergaduh dengan isterinya yang merupakan janda anak enam yang dikahwininya lebih setahun lalu.

"Isteri mangsa yang berusia 42 tahun memaklumkan suaminya sempat mengambilnya dari tempat kerja di Hospital Kuala Krai sebelum kejadian.

"Katanya, sewaktu berada di rumah mereka bergaduh mulut dipercayai kerana cemburu," katanya.

Wan Fauzi berkata, sekitar jam 1 petang, wanita berkenaan melihat suaminya keluar rumah dengan membawa tali.

"Isterinya berkata, selepas memasak dia mencari suaminya untuk makan.

"Dia kemudiannya mencarinya sekitar rumah dan kemudiannya menemui suaminya mati kira-kira 100 meter di belakang rumah," katanya.

Artikel Berkaitan:

Wan Fauzi berkata, polis masih meneruskan siasatan untuk mengetahui punca sebenar kejadian.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!