Lelaki patah kaki kanan lori terlanggar pokok
TEMERLOH - Seorang lelaki patah kaki kanan selepas lori yang dipandunya terlanggar sebatang pokok di tengah jalan di Jalan Temerloh-Triang dekat Kampung Pengkalan Jaya, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.40 petang itu, mangsa, Wong Woei Keong, 46, berasal dari Mengkarak itu berjaya diselamatkan oleh pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Angin yang bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan.
Ketua BBP Bukit Angin, Penolong Penguasa Bomba, Hasnuddin Husin berkata, mangsa yang tersepit dalam lori satu tan itu berjaya dikeluarkan kira-kira 15 minit kemudian menggunakan pemotong hidraulik.
"Mangsa kemudiannya menerima rawatan awal EMRS sebelum dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) untuk rawatan selanjutnya," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!