Lelaki patah paha kanan bas ekspres dipandu terbalik

Keadaan bas yang terbalik di lokasi kejadian terbabit
Keadaan bas yang terbalik di lokasi kejadian terbabit
A
A
A

LIPIS - [DIKEMASKINI] Pemandu bas dan dua penumpang cedera selepas bas ekspres dinaiki terbalik dalam kemalangan di Kilometer 50, Jalan Lipis-Merapoh petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 itu, pemandu bas, Mohamad Zaroni Ibrahim,51, dan dua penumpang bas berkenaan, Muhammad Khuwairizmi Mohd Rozi,22, dan Hossen Jahid, 23, yang berasal dari Dhaka, Bangladesh didapati cedera.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azry Akmar Ayob berkata, bagaimanapun 20 penumpang lagi tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan itu.

“Saya dimaklumkan bahawa pemandu bas mengalami patah paha kanan manakala Muhammad Khuwairizmi pula luka di kaki dan bahu kanan dan Hossen pula cedera ringan di bahu.

“Kesemua mereka ini telah dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut mengenai kejadian terbabit, Azry Akmar berkata, kemalangan itu berlaku disebabkan masalah teknikal pada brek sebelum bas tersebut terbalik.

Sebelum itu, beliau berkata, ketika kejadian bas terbabit dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menunu ke Kota Bharu.

“Apabila sampai di tempat kejadian, bas yang dipandu Mohamad Zaroni hilang kawalan lalu telah melanggar pembahagi jalan di sebelah kanan dan terbalik ke sebelah kiri jalan.

Artikel Berkaitan:

“Cuaca pada ketika itu tidak hujan dan keadaan cerah,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!