Kemalangan libatkan enam kenderaan

Antara kenderaan yang terlibat dengan kemalangan enam kenderaan itu. Foto: Polis
Antara kenderaan yang terlibat dengan kemalangan enam kenderaan itu. Foto: Polis
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Seorang warga emas patah tulang bahu selepas kenderaan jenis Toyota Rush yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan di susur masuk ke Bandar Baru Selayang arah Rawang, dekat sini semalam.

Dalam kejadian sekitar jam 5.30 petang itu, mangsa, Zaharah Noor Mohd. Jaafar, 69, cedera akibat hentakan daripada kenderaan lain.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, kejadian berlaku selepas sebuah treler dari arah Rawang menuju ke One Selayang hilang kawalan sebelum melanggar bahagian belakang sebuah van.

Antara kenderaan yang terlibat dengan kemalangan enam kenderaan itu. Foto: Polis
Antara kenderaan yang terlibat dengan kemalangan enam kenderaan itu. Foto: Polis

"Akibat perlanggaran tersebut, van tersebut pula menghentam bahagian belakang sebuah kereta jenis Perodua Myvi dan tiga lagi kenderaan yang berada di hadapan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Samsor menambah, tiada kecederaan melibatkan mangsa-mangsa lain dan lima pemandu kenderaan yang terlibat kemalangan telah membuat laporan polis.

Tambahnya, tiada sebarang rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!