Tiga sekeluarga cedera ringan rumah terbakar

No Image Caption
A
A
A
BUTTERWORTH - Tiga sekeluarga mengalami cedera ringan setelah rumah mereka di Sungai Puyu di sini musnah dalam kebakaran pada awal pagi tadi.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Butterworth, PBK II Mohd Faizwan Che Amat berkata, kebakaran melibatkan tiga unit rumah berkembar satu tingkat itu turut menyebabkan sebuah kereta jenis Perodua Alza terbakar di bahagian hadapan.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.50 pagi tadi dan tiba di lokasi kejadian beberapa minit kemudiannya.

"Kebakaran melibatkan sebuah bangunan satu tingkat kelas B dengan anggaran keluasan 80 x 60 kaki persegi. Peratusan kebakaran dianggarkan 90 peratus. Tiga mangsa terlibat yang kesemuanya mengalami melecur di bahagian kaki.

"Mereka adalah seorang lelaki berusia 40 an (kesan melecur empat peratus) dan wanita berusia 30 an serta kanak-kanak perempuan berusia enam tahun masing-masing mengalami kesan melecur dua peratus," katanya ketika dihubungi tadi.

No Image Caption

Beliau berkata, kebakaran berjaya dikawal pada jam 4.15 pagi tadi oleh anggota bomba dan BPP Butterworth, BBP Kuala Muda dan BBP Perai.

"Operasi pemadaman dan pengawalan turut dibantu pasukan bomba sukarela berdekatan. "Mangsa terlibat dibawa ke hospital untuk rawatan dan pemeriksaan lanjut," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!