KoopSahabat lancar logo baharu

Pelancaran logo baharu KoopSahabat disempurnakan Pengarah Urusan Amanah Ikhtiar Malaysia, Mohamed Shamir Abdul Azizi di sini malam tadi.
Pelancaran logo baharu KoopSahabat disempurnakan Pengarah Urusan Amanah Ikhtiar Malaysia, Mohamed Shamir Abdul Azizi di sini malam tadi.
A
A
A

SHAH ALAM - Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar (KoopSahabat) melancarkan logo baharu sebagai salah satu inisiatif penjenamaan semula imej korporatnya.

Ketua Pegawai Eksekutif KoopSahabat, Mazri Mahmood berkata, pengenalan logo ini sebagai simbol untuk diuar-uarkan kepada anggotanya mengenai fasa baharu KoopSahabat.

"Logo ini lebih berunsur korporat dan membawa makna kesatuan antara anggota seramai 225, 299 orang di seluruh negara.

"Warna yang ditonjolkan juga mewakili badan yang berkaitan iaitu kuning untuk Amanah Ikhtiar Malaysia dan biru merah untuk Suruhanjaya Koperasi Malaysia," katanya kepada media selepas majlis makan malam dan pelancaran logo baharu KoopSahabat di Hotel Carlton di sini malam tadi.

Majlis pelancaran disempurnakan Pengarah Urusan Amanah Ikhtiar Malaysia, Mohamed Shamir Abdul Azizi. Turut hadir, Pengerusi Ahli Lembaga KoopSahabat, Mohd Najib Mohd Noor.

Mengulas lanjut, Mazri berkata, KoopSahabat yang memasuki tahun keenam penubuhannya telah dijenamakan semula bagi menambah baik serta memulihkan perniagaan dan pelaburan sedia ada.

Pelancaran logo baharu KoopSahabat disempurnakan Pengarah Urusan Amanah Ikhtiar Malaysia, Mohamed Shamir Abdul Azizi di sini malam tadi.
Pelancaran logo baharu KoopSahabat disempurnakan Pengarah Urusan Amanah Ikhtiar Malaysia, Mohamed Shamir Abdul Azizi di sini malam tadi.

"Sepanjang enam tahun ini, pelaburan yang dibuat oleh KoopSahabat telah membuahkan hasil. Bagaimanapun, terdapat beberapa penambahbaikan perlu dilakukan terutama dari segi tadbir urus dan pengkhususan koperasi yang kini memfokuskan kepada empat sektor utama iaitu hartanah, pelaburan strategik, perladangan dan pembalakan serta pajak gadai Islam.

Artikel Berkaitan:

"Pelaburan yang signifikan adalah dalam sektor hartanah dan pembalakan di mana kami akan meneruskan inisiatif secara lebih besar. Dalam masa sama kami akan menyahut seruan kerajaan untuk menyediakan kemudahan perumahan mampu milik kepada golongan berpendapatan rendah," katanya.

Sementara itu, Mohd Najib berkata, KoopSahabat meletakkan sasaran untuk berada di kelompok 100 koperasi terbaik kebangsaan tahun ini.

"Ini kali pertama kita ubah imej korporat dan penstrukturan anak syarikat agar lebih tersusun. Dengan penstrukturan baharu ini kita yakin dapat masuk dalam senarai 100 koperasi terbaik," katanya.

Katanya, KoopSahabat juga menyasarkan untuk menambah keanggotaannya melalui pengumuman kadar dividen yang tinggi setiap tahun.

"Kadar dividen yang diumumkan esok (hari ini) dijangka jauh lebih tinggi daripada sebelum ini. Malah, jumlahnya juga lebih tinggi berbanding beberapa institusi kewangan lain.

"Sudah semestinya apabila kami umumkan dividen lebih tinggi akan menarik lebih ramai untuk jadi ahli. Hasrat dan aspirasi pengurusan tertinggi kami adalah untuk mencapai jumlah yang sama dengan keahlian peminjam iaitu 310,000 orang," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!