MYNIC bantu usahawan tembusi pasaran global

Hasnul Fadhly (lima dari kanan) bergambar bersama enam peserta yang terpilih menerima anugerah kecemerlangan.
Hasnul Fadhly (lima dari kanan) bergambar bersama enam peserta yang terpilih menerima anugerah kecemerlangan.
A
A
A

JASIN - Seiring dengan perkembangan teknologi, MYNIC tidak ketinggalan turun padang membantu usahawan luar bandar mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu keusahawanan dan berteknologi tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Hasnul Fadhly Hasan berkata, program ini menumpukan kepada kelompok sasaran yang terdiri daripada golongan usahawan luar bandar bagi membawa mereka melibatkan diri dalam dunia perniagaan dalam talian sekali gus membolehkan mereka bersedia menghadapi pasaran global ekonomi digital.

Menurutnya, sebagai agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, MYNIC penting dalam memacu ekonomi digital dengan peranannya sebagai pendaftar dan pentadbir nama domain.

Katanya, dengan melibatkan diri dalam program ini, peserta dapat menambahkan ilmu pengetahuan sebagai bekalan menempuhi dan memperkembangkan pelbagai sektor perniagaan dalam talian.

"Alhamdulillah sambutan yang kita terima begitu menggalakkan bermula dari fasa satu dan seterusnya. Peserta dilihat bersungguh-sungguh untuk mengaplikasikan ilmu yang dipelajari supaya mereka tidak ketinggalan dengan arus teknologi.

"Kita harap program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang, supaya lebih ramai yang dapat dibantu menerusi perkongsian pintar ini dan objektif kita untuk melahirkan usahawan dalam talian berdaya saing dan maju," katanya.

Hasnul Fadhly Hasan berkata demikian kepada pemberita ketika Program Ramah Mesra Hari Raya di Insititut Latihan Perindustrian (ILP) Selandar di sini semalam.

Tambahnya, menerusi program itu juga peserta didedahkan dengan pelbagai latihan selain MYNIC akan membuat pemantauan secara berkala bagi memastikan perkembangan perniagaan dalam talian terus menunjukkan prestasi positif.

Artikel Berkaitan:

Hasnul Fadhly menyampaikan anugerah kepada Muhammad Ibtisyam (kiri) pada majlis itu.
Hasnul Fadhly menyampaikan anugerah kepada Muhammad Ibtisyam (kiri) pada majlis itu.

Sementara itu, peserta usahawan ayam kampung moden (samtani.my), Muhammad Ibtisyam Al-Saari, 30, berkata, dia bersyukur terpilih menyertai program berkenaan pada Mac lalu yang sebelum ini menggunakan cara manual bagi menguarkan perniagaan yang diusahakannya.

Menurutnya, dengan adanya latihan dia telah dapat membangunkan sebuah website untuk mempromosikan secara meluas peniagaan berkenaan selain lebih mudah aksess dan menjimatkan masa serta tenaga.

"Saya lihat sendiri perkembangan perniagaan dan jualan ayam juga semakin meningkat bila kita dapat adaptasikan penggunaan teknologi dalam perniagaan.

"Lebih penting tenaga pengajar yang berkemahiran sering mengambil berat mengenai perjalanan perniagaan kita dan saya harap usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) di luar sana dapat mengambil peluang untuk menyertainya seperti saya," katanya.

Antara perniagaan lain yang terlibat termasuklah usahawan loyang (azizjaafar.my), pakaian muslimah (pakaian-muslimah.my), homestay (i-nis.my), steamboat (captainsteambotnwestern.my) dan banyak lagi.

Melalui Program Latihan Penguasaan Pasaran Digital ini, laman web para peserta yang terlibat bakal dinaiktarafkan dengan teknologi ANYCAST. Dengan adanya teknologi ini, ia membantu laman web peserta untuk mudah diakses dengan pantas.

Dalam pada itu, Hasnul Fadhly turut menyampaikan “MYNIC Digital Award 2019” kepada enam peserta yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang program latihan penguasaan pasaran digital dijalankan.

Sebahagian usahawan dan tenaga pengajar yang hadir memeriahkan majlis itu.
Sebahagian usahawan dan tenaga pengajar yang hadir memeriahkan majlis itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!