Pafa uruskan pembahagian tiket
IPOH - Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) dipertanggungjawabkan menguruskan pembahagian tiket bagi perlawanan akhir Shopee Piala FA.
Presiden Pafa, Datuk Seri Ahnad Faizal Azumu berkat, tanggungjawab itu diberikan supaya isu-isu berbangkit seperti isu ketirisan agihan tiket tidak berlaku.
"Kita akan adakan mesyuarat khas berkenaan perkara ini supaya bunyi-bunyi mengenai ketirisan tiket ini tidak lagi kedengaran. Kita akan uruskan dengan profesional. Kita akan bincangkan lebih lanjut dan terperinci berhubung perkara ini.
"Bagaimanapun, kita juga tak boleh nafikan hak persatuan gabungan di seluruh negeri. Sebab itulah pembahagian tiket ke peringkat daerah ini ajan dibuat oleh PAFA sendiri," katanya ini pada sidang media sempena Majlis Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Perak di perkarangan Kompleks Belia dan Sukan Negeri di sini hari ini.
Sementara itu, Ahmad Faisal menyifatkan kehadiran penyokong yang dianggarkan seramai 25,000 hingga 28,000 ke Stadium Perak sebagai sesuatu yang menakjubkan.
"Saya memang peminat bola sejak zaman anak-anak dulu dan saya dah kerap ke Stadium Perak tetapi malam semalam, berbeza. Inilah yang saya nak lihat. Sukan menyatukan kita bukan pecah belahkan.
"Hari ini pula kita sambut Hari Belia dan selepas ini ke program jabatan perpaduan. Jadi, kini semuanya berjalan dengan baik di negeri Perak dan diharapkan jangan ada pihak lain yang menyucuk supaya kestabilan negeri tergugat," katanya.
Menurutnya, senario sedemikian tidak pernah berlaku sebelum ini apabila semua penyokong yang hadir memberikan sokongan padu dan tanpa henti.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!