30 pelajar dari 15 sekolah dihantar ke klinik kesihatan

Mohd Khuzzan turut memantau tahap kualiti udara di SK Kopok bersama Pagema.
Mohd Khuzzan turut memantau tahap kualiti udara di SK Kopok bersama Pagema.
A
A
A

PASIR GUDANG - Sesi persekolahan di daerah ini berjalan seperti biasa meskipun terdapat masalah gangguan kesihatan berulang di 15 sekolah yang terlibat.

Exco Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan Johor, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata, tiada sekolah ditutup setakat ini sekali gus menafikan perkara itu yang tular di media sosial.

"Setakat ini, sesi persekolahan pada hari ini berjalan seperti biasa. Esok juga sekolah dibuka seperti biasa.

"Saya tahu ada viral tentang sekolah ditutup tetapi sebenarnya sekolah berjalan seperti biasa," katanya ketika membuat lawatan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kopok di sini hari ini.

Hadir sama, Exco Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi, Aminolhuda Hassan dan Pengarah Kesihatan Johor, Dr Selahuddeen Abdul Aziz.

Dari kiri Selahuddeen, Mohd Khuzzan dan Aminolhuda pada sidang media di SK Kopok hari ini.
Dari kiri Selahuddeen, Mohd Khuzzan dan Aminolhuda pada sidang media di SK Kopok hari ini.

Menurutnya, setakat ini, seramai 130 pelajar termasuk guru mengalami gangguan kesihatan namun hanya 30 pelajar dirujuk ke klinik kesihatan (KK) berhampiran selepas dimaklumkan mengalami simptom sama seperti muntah dan pening.

"Ia membabitkan 14 pelajar di KK Masai dan bakinya di KK Pasir Gudang. Majoriti yang terjejas adalah pelajar yang belajar di tingkat tiga dan empat bangunan sekolah.

Artikel Berkaitan:

"Oleh itu, esok kita pindahkan ke kelas di bawah. Sekiranya esok terjadi kembali simptom seperti ini, guru akan menghantar pelajar yang terlibat ke KK berhampiran," katanya.

Mohd Khuzzan berkata, mengikut maklumat daripada pasukan bantuan kecemasan dari Pasir Gudang (Pagema) bacaan kualiti udara di sini buat masa ini berada pada paras yang baik.

"Mengikut Pagema, bacaan kualiti udara pada pagi tadi ada naik dan turun tetapi masih lagi di tahap yang baik," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Pelajar kembali muntah, loya, pengsan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!