Sakit hati punca satu keluarga dibunuh
Suspek dikenali sebagai Haris Simamora mengaku membunuh pasangan suami isteri dan dua anak kecil mereka kerana tidak tahan dihina.
Siasatan mendapati, suspek mempunyai pertalian saudara dengan mangsa dan telah lama merancang pembunuhan tersebut.
"Suspek sakit hati kerana sering dihina dan digelar tidak berguna.
"Pada malam pembunuhan, suspek singgah di rumah mangsa.
"Suspek mengajak ketua keluarga bersembang sehingga masuk waktu tidur," kata pegawai penyiasat, Wahyu Hadiningrat.
Tambah Wahyu, suspek membunuh Daperum Nainggolan (ketua keluarga) ketika mangsa sedang tidur.
Selepas itu suspek membunuh isteri mangsa, Maya Ambarita.
"Ketika suspek sedang memukul mangsa kedua, dua anak pasangan itu terjaga.
"Namun suspek secara bersahaja menyuruh anak kecil itu kembali ke bilik tidur.
"Suspek kemudian masuk ke bilik tidur kanak-kanak terbabit dan mencekik mereka sehingga mati," katanya.
Tambahnya, pasangan suami isteri itu dibunuh menggunakan sebatang kuku kambing.
Jika disabit bersalah, suspek boleh dikenakan hukuman mati. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!