PRU15 milik kita: Najib

Najib menghadiri dan merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Gombak hari ini. - Kredit foto: Facebook Najib
Najib menghadiri dan merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Gombak hari ini. - Kredit foto: Facebook Najib
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak yakin parti itu akan bangkit daripada kekalahan dan merampas kembali tampuk pemerintahan negara pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Memetik laporan Utusan Online, Najib berkata, ahli-ahli UMNO perlu berjuang habis-habisan bersamanya untuk memastikan misi itu tercapai lebih-lebih lagi dengan prestasi kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang semakin teruk selepas setahun memegang pemerintahan negara.

"Jangan takut, jangan biar saya berseorangan dalam perjuangan. Saya tidak minta berguling di jalan raya, gunakan platform media sosial sudah cukup.

“Kita mesti lawan kerana kita di pihak yang benar. Insya-ALLAH dengan kekuatan kita, bantuan rakan kita daripada Pas, dengan izin ALLAH PRU-15 milik kita,” katanya dalam ucapan perasmian Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Gombak di sini hari ini.

Menurut Najib lagi, PH telah menipu rakyat dalam PRU14 untuk menang.

“Sebab itu sekarang mereka tidak panggil PH Pakatan Harapan tetapi Pakatan Hancing. Isu tol, isu harga barang, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan banyak lagi isu yang mereka tipu.

“Segala janji yang dikatakan sebelum menang PRU tidak dikotakan malah keadaan ekonomi negara yang sedang meningkat naik semasa pemerintahan BN kini sudah semakin merudum.

“Sudah dapat mandat patut tunjuk lebih baik dari BN, tetapi hari ini lebih teruk dari BN. Sebab tu ramai orang cakap rindu zaman BN, zaman DSN (Datuk Seri Najib) sebab kita tadbir negara jauh lebih baik,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!