Kenaikan gaji warga ATM dikaji - Mohamad

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu (tengah) melihat kerusi roda yang disampaikan Pengerusi Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad (Koperasi Tentera) Datuk Zulkiflee Mazlan (kanan) sempena perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Tentera Ke-54 di Dewan PERHEBAT Kem Sungai Buloh hari ini.- FOTO BERNAMA

A
A
A

SUNGAI BULOH - Pelaksanaan kenaikan gaji buat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan dikaji, kata Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.

Beliau berkata, perkara itu perlu dipertimbangkan kerajaan seperti mana saranan kenaikan gaji bagi anggota polis berpangkat rendah oleh Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador awal Jun lepas.

“Kami juga akan bersama-sama menyokong cadangan itu.

“Kami juga bersetuju jika ia (gaji) dikaji dari semasa ke semasa,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi Tentera ke-54 di Dewan Perhebat, Kem Sungai Buloh, di sini.

Abdul Hamid sebelum ini menyuarakan pandangan agar gaji, logistik dan keperluan anggota polis berpangkat rendah dapat diberi keutamaan dalam usaha meningkatkan integriti pasukan itu.

Beliau berkata gaji yang diperoleh golongan berkenaan iaitu daripada berpangkat sarjan ke bawah adalah rendah dan tidak mampu menampung kos sara hidup terutama bagi mereka yang bertugas di bandar besar. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!