Rawatan katarak di Hospital labuan tahun hadapan

Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan, Dr Ismuni Bohari (kiri) melakukan pemeriksaan tarikh luput dan label di produk coklat sempena sambutan Hari Krimas. - Foto Bernama
Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan, Dr Ismuni Bohari (kiri) melakukan pemeriksaan tarikh luput dan label di produk coklat sempena sambutan Hari Krimas. - Foto Bernama
A
A
A

LABUAN - Bermula tahun depan, pesakit katarak di Labuan tidak lagi perlu mendapatkan rawatan di Kota Kinabalu dengan penyediaan kemudahan mesin katarak bernilai hampir RM500,000 di Hospital Labuan selaras dengan usaha penambahbaikan hospital di pulau bebas cukai itu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan, Dr Ismuni Bohari berkata selain itu Klinik Pergigian Labuan turut dilengkapi dengan mesin X-ray terbaru dalam usaha berterusan untuk meningkatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan mulut.

“Kebajikan dan keselesaan kakitangan perubatan juga sentiasa diutamakan dengan pembinaan 46 unit kuarters baharu tidak lama lagi. Ia juga bagi persediaan untuk menampung peningkatan jumlah tenaga kerja pada masa depan.

“Kami sedang melakukan yang terbaik untuk untuk meningkatkan penjagaan kesihatan bagi penduduk dan pelabur di sini,” katanya kepada pemberita selepas mengetuai operasi di Giant Hypermarket dan Skypark di sini hari ini.

Dr Ismuni juga berkata Hospital Nukleus Labuan kini memiliki tiga ambulans baharu iaitu satu daripadanya Ambulans Kelas A yang dilengkapi kemudahan perubatan kecemasan asas.- Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!