Tarif air: Selangor tunggu keputusan kerajaan Pusat
SHAH ALAM - Kerajaan negeri masih menunggu keputusan daripada kerajaan Pusat berkaitan kadar tarif air sesuai di negeri ini.
Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, pihaknya akan memastikan kadar yang sesuai dikenakan sekali gus dapat mengurangkan bebanan terutamanya golongan B40.
"Saya masih tunggu kata putus daripada Persekutuan dan baru saya akan umumkan, sekarang masih lagi belum sampai ke peringkat Air Selangor," katanya ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka anjuran ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail di Seksyen 18, di sini hari ini.
Pada 12 April lalu, Kerajaaan Selangor dikatakan bakal mengumumkan status tarif air selepas Aidilfitri ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Status tarif air Selangor diumum selepas Aidilfitri
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!