Kerana air, kami merana!
RANTAU PANJANG - Lebih 100 keluarga di Kampung Tasek Bendang Guchil di sini, 'merana' gara-gara masalah gangguan bekalan air.
Dakwa penduduk, masalah itu sudah berlarutan hampir tiga minggu menyebabkan urusan seharian mereka terutama mandi, membasuh pakaian, mencuci pinggang dan mangkuk terjejas.
Memburukkan lagi keadaan, masalah itu turut menjejaskan pendapatan peniaga kedai makan di sekitar kampung berkenaan.
Wakil penduduk, Salam Ali, 62, berkata, gangguan bekalan air yang berlaku ketika ini adalah paling lama pernah dihadapi penduduk.
"Saya akui gangguan sering berlaku di sini tapi sekitar dua hingga tiga hari saja," katanya.
Menurutnya, buat masa ini mereka bergantung sepenuhnya kepada bekalan air perigi dan lori tangki yang dibekalkan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) untuk menampung kegunaan harian.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!