Dua rumah teres terbakar
KUALA LUMPUR - Dua rumah teres dua tingkat berkeluasan 1,200 kaki persegi di Taman Bukit Maluri terbakar dalam kejadian jam 2.59 pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, seramai 29 anggota dari empat balai iaitu Jinjang, Sri Hartamas, Taman Tun dan Sentul dikejarkan ke lokasi.
"Kebakaran berjaya dikawal jam 3.25 pagi dengan kemusnahan dianggarkan sebanyak 60 peratus.
"Insiden bagaimanapun tidak melibatkan kemalangan jiwa," katanya.
Katanya, punca kebakaran dan anggaran kerugian masih disiasat.
AKAN MENYUSUL
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!