Pemuda dipenjara sehari kerana curi musang king

Luqman Hakim (berbaju T hitam) diiringi polis mahkamah selepas selesai prosiding, hari ini.
Luqman Hakim (berbaju T hitam) diiringi polis mahkamah selepas selesai prosiding, hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang pekerja bazar malam (uptown) terpaksa meringkuk di penjara selama sehari selepas mengaku bersalah mencuri durian musang king di sebuah pasar raya di sini, awal bulan lalu.

Majistret, Rini Triany Muhamad Ali menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Luqman Hakim Yusof, hari ini dan memerintah lelaki itu membayar denda RM1,000.

Berdasarkan pertuduhan, Luqman Hakim, 24, mengaku bersalah mencuri lima paket durian musang king kepunyaan Pasaraya Aeon bernilai RM400.

Kesalahan itu dilakukannya di premis pasar raya itu di Seksyen 13, Shah Alam pada jam 6 petang, 1 Jun lalu.

Pendakwaaan dikemukakan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Khairul Aisamuddin Abdul Rahman memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat dan berbentuk pengajaran kepada tertuduh.

Luqman Hakim yang diwakili peguam, Salahuddin Salam memohon hukuman ringan atas alasan anak guamnya telah menyesal terhadap perbuatan tersebut.

"Tertuduh sebelum ini telah direman selama tiga hari," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!