Empat maut serangan misil Israel di Syria

Empat penduduk awam terbunuh manakala 21 yang lain cedera dalam serangan misil Israel berhampiran Damsyik semalam.
Empat penduduk awam terbunuh manakala 21 yang lain cedera dalam serangan misil Israel berhampiran Damsyik semalam.
A
A
A

DAMSYIK - Empat penduduk awam termasuk seorang kanak-kanak terbunuh manakala 21 yang lain cedera dalam serangan misil Israel berhampiran Damsyik lewat semalam, lapor agensi berita SANA.

Koresponden AFP di Damsyik melaporkan mendengar letupan kuat pada waktu malam.

Agensi berita Syria itu berkata, misil tersebut dilancarkan berhampiran Damsyik dan wilayah Homs.

"Pasukan pertahanan udara kami berdepan misil musuh yang dilancarkan pesawat perang Israel ke arah kubu kami di Homs dan Damsyik," kata SANA memetik sumber tentera Syria.

Dalam pada itu, jurucakap tentera Israel enggan memberi komen berhubung laporan tersebut.

Israel telah melancarkan ratusan serangan udara di Syria sejak permulaan konflik pada tahun 2011, menyasarkan tentera yang setia kepada Presiden Bashar al-Assad dan sekutunya. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!