Dua beradik maut terlibat kemalangan

Keadaan kereta dan motosikal selepas terlibat dalam kemalangan.
Keadaan kereta dan motosikal selepas terlibat dalam kemalangan.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Dua beradik maut selepas motosikal dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 29 Jalan Johor Bahru-Pontian, di sini hari ini.

Mangsa dikenali sebagai M Vinod Prasath, 25, dan M Prabu, 20, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian sekitar jam 7.57 pagi.

Menurutnya, siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa dalam perjalanan dari arah Kangkar Pulai menghala ke Ulu Choh.

“Mangsa cuba untuk memotong di garisan berkembar, tetapi gagal lalu bertembung dengan kereta yang datang dari arah bertentangan.

“Akibat kemalangan tersebut, mangsa iaitu penunggang dan pembonceng yang tercampak di tengah jalan mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan kaki seterusnya disahkan maut di lokasi setelah diperiksa oleh pihak ambulans,” katanya di sini hari ini.

Dzulkhairi berkata, pemandu kereta berusia 40 tahun yang turut mengalami kecederaan pada bahagian muka, dada dan tangan telah dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Katanya, punca kemalangan masih dalam siasatan di bawah Sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!