Pemilik premis makanan perlu sertai kempen bebas straw palstik

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna Selangor, Hee Loy Sian (kanan) menerangkan larangan penggunaan straw plastik kepada pengunjung restoran sempena Kempen Bebas Straw Plastik ketika mengadakan lawatan ke premis makanan dan restoran di Plaza Shah Alam, hari ini. - Foto BERNAMA
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna Selangor, Hee Loy Sian (kanan) menerangkan larangan penggunaan straw plastik kepada pengunjung restoran sempena Kempen Bebas Straw Plastik ketika mengadakan lawatan ke premis makanan dan restoran di Plaza Shah Alam, hari ini. - Foto BERNAMA
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Selangor akan mewajibkan setiap pengusaha premis makanan untuk bersama-sama menjayakan kempen Bebas Penyedut Minuman Plastik yang bermula hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna Selangor, Hee Loy Sian berkata kerajaan negeri telah mengarahkan semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk meletakkan satu klausa menggalakkan pemilik premis turut serta dalam kempen ini di borang permohonan pembaharuan lesen perniagaan.

"Arahan untuk meletakkan klausa baharu ini bermula hari ini, kita mahu semua pemilik premis makanan di Selangor untuk tidak lagi menyediakan penyedut minuman plastik di kaunter untuk diambil secara bebas oleh pelanggan.

Buat masa ini tiada denda akan dikenakan kepada mana-mana premis makanan yang tidak mengikuti arahan ini, kami mahu mendidik dan membiasakan pengguna untuk tidak lagi menggunakan 'straw plastik' tetapi bertukar kepada straw yang dibuat daripada kertas, buluh dan besi," katanya pada pemberita selepas melakukan tinjauan hari pertama kempen berkenaan di sini hari ini.

Turut hadir Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Haris Kasim.

Kata Hee penguatkuasaan sebenar melarang penggunaan penyebut minuman plastik dijangka akan dilaksanakan pada 2025 nanti.

Katanya lagi, kempen berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha pihaknya untuk mengurangkan plastik sekali guna seperti beg plastik, polistirena, penutup atau pelapis makanan plastik dan bahan-bahan plastik pakai buang.

Pada 16 Jun lepas Hee dalam kenyataannya berkata dasar pelaksanaan mengurangkan penggunaan penyedut minuman plastik itu diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!