Melaka sedia dana atasi isu ternakan berkeliaran

Norhizam hadir di sesi dialog bersama lebih 20 penternak lembu dan kambing kawasan Dun Gadek di Dewan Komuniti Dun Gadek di sini.
Norhizam hadir di sesi dialog bersama lebih 20 penternak lembu dan kambing kawasan Dun Gadek di Dewan Komuniti Dun Gadek di sini.
A
A
A

ALOR GAJAH - Kerajaan negeri bersedia menyediakan dana atau pinjaman dengan syarat minima kepada penternak yang layak bagi pembinaan pagar sebagai usaha mengurangkan isu haiwan ternakan berkeliaran di negeri ini.

Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan Dan Industri Asas Tani Melaka, Norhizam Hassan Baktee berkata, bagi tujuan itu, beberapa agensi berkaitan diminta melihat perkara ini terutama hal berkaitan permasalahan para penternak.

Menurutnya kerajaan negeri memandang serius masalah ini terutama bagi penternak lembu dan kambing yang berdepan masalah dana bagi membina atau membaiki pagar untuk menghindari haiwan ternakan berkeliaran.

"Selama ini kita sering mendengar aduan masalah haiwan ternakan berkeliaran sehingga masuk memusnahkan kawasan tanaman orang lain dan juga mencacatkan pemandangan apabila terdapat najis haiwan yang bersepah.

"Saya akan rujuk setiap masalah penternak ini dengan Jabatan Veterinar negeri dan daerah untuk memastikan masalah ini selesai," katanya.

Beliau berkata demikian semasa hadir mempengerusikan sesi dialog bersama lebih 20 penternak lembu dan kambing bagi kawasan Dun Gadek Peringkat Daerah Alor Gajah di Dewan Komuniti Dun Gadek di sini yang turut disertai Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterina negeri, Dr Aidi Mohamad.

Turut terlibat, Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Polis, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan para penternak di dalam kawasan Dun Gadek.

Menurut Norhizam, antara syarat bagi kelulusan permohonan pembinaan pagar untuk ternakan, pemohon mesti memiliki tanah sendiri atau mempunyai surat kebenaran menyewa tanah dari pemilik tanah asal.

Artikel Berkaitan:

Katanya, pemohon perlu hadir ke pejabat Jabatan Veterinar sama ada negeri atau daerah bagi proses dokumentasi dan khidmat rundingan.

"Kerajaan negeri akan mengeluarkan arahan menangkap dan menyita haiwan ternakan yang berkeliaran sekiranya pemiliknya masih gagal mematuhi arahan jabatan terlibat.

"MPAG akan mengambil tindakan mengikut peruntukan peraturan yang ada setelah nasihat dan notis masih gagal dipatuhi penternak," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!