Biadab, wanita bawa anjing dalam masjid!

No Image Caption
A
A
A

BOGOR - Media sosial hari ini kecoh susulan satu rakaman video memaparkan kejadian seorang wanita bertindak biadab membawa seekor anak anjing di Masjid Al Munawaroh Sentul, Bogor, Jawa Barat, Indonesia hingga menjadi tular.

Menerusi video berdurasi 1 minit 10 saat dimuat naik di Twitter @OppositeNewsID memaparkan, wanita itu memegang seekor anak anjing dan memakai kasut di dalam masjid.

Wanita itu dilihat sedang bertekak dengan jemaah masjid yang melarangnya membawa anak anjing dan memintanya keluar dari masjid.

Berang dihalau, wanita itu melepaskan anjing dalam dakapannya dan membiarkan anjing itu berkeliaran di dalam masjid.

Dalam perbualannya dengan seorang lelaki, wanita tersebut mempersoalkan suaminya pernah bernikah di masjid itu.

"Suami saya berkahwin di sini," katanya sambil meletakkan anjingnya di atas karpet masjid.

Dalam pada masa sama, jemaah turut cuba mengusir anjing itu keluar dari masjid.

Sementara itu, ketua polis, Wawan Wahyudin mengesahkan video tersebut.

Artikel Berkaitan:

Katanya, kejadian itu berlaku semalam pada jam 2 petang di masjid berkenaan.

Menurutnya, wanita berusia 52 tahun telah ditahan di Balai Polis Bogor, Cibinong.

"Ya, buat masa ini wanita itu dibawa ke Balai Polis Bogor untuk disoal siasat," katanya kepada Kompas.

Dia menjelaskan, wanita itu ke masjid untuk mencari suaminya.

"Wanita itu telah dibawa keluar oleh jemaah dan selepas itu anggota polis tiba di lokasi kejadian," katanya.

Sehingga kini, polis sedang menahan empat saksi termasuk jemaah masjid. - Kompas

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!