Pasukan ATBTR kumpul RM16,820 bantu Mohamad Yasin

Mohamad Yasin
Mohamad Yasin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pasukan bola sepak Akademi Tunas Bandar Tun Razak (ATBTR) bawah 10 tahun berjaya mengumpul RM16,820 bagi membantu kanak-kanak warga Myanmar, Mohamad Yasin Mohammed Rafique yang menderita penyakit kepala besar.

Idea mengumpul dana tersebut dicetuskan seorang pemain pasukan berkenaan yang berusia 10 tahun, Reyess Shaqeel Emir Ghanalingam.

Menurut kenyataan pasukan itu, sumbangan tersebut dikumpulkan melalui inisiatif Jaringan Untuk Kebajikan selepas dicadangkan pemain berkenaan.

Pasukan ATBTR berjaya mengumpul RM16,820 bagi membantu kanak-kanak warga Myanmar, Mohamad Yasin menjalani pembedahan.
Pasukan ATBTR berjaya mengumpul RM16,820 bagi membantu kanak-kanak warga Myanmar, Mohamad Yasin menjalani pembedahan.

“Bagi setiap gol yang dijaringkan oleh pasukan ATBTR10, derma dikumpulkan daripada mereka yang memberi ikrar untuk program tersebut.

“Dana yang terkumpul seterusnya disalurkan kepada tabung pembiayaan pembedahan Mohamad Yasin yang akan berusia tiga tahun pada 24 Julai ini,” katanya.

Mohamad Yasin memerlukan dana sebanyak RM11,500 untuk menampung kos pembedahan keduanya.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian melalui akaun CIMB Bank Yayasan Chow Kit melalui akaun 8001143136.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!