Cara lembutkan hati anak-anak yang keras kepala
MEMBESARKAN anak-anak bukan perkara mudah, sebaliknya ia merupakan tanggungjawab besar ibu bapa dalam mencorakkan kehidupan mereka agar menjadi insan yang berguna.
Sepanjang proses mendidik, sudah pasti kita berdepan pelbagai ragam mereka yang adakalanya membuatkan kesabaran semakin menipis.
Apatah lagi, jika anak kita itu keras kepala.
Bagaimana untuk melembutkan hati anak yang keras kepala?
Kepada mereka yang tercari-cari kaedah itu, apa kata buka al-Quran dan lihat Surah Taha.
Baca ayat 1 hingga 8 dalam surah itu dan tiupkan ke dalam air, lalu berikan anak-anak kita minum air tersebut.
Satu lagi cara, kita sendiri meminta anak-anak membaca ayat-ayat tersebut pada setiap hari selepas solat.
Seperkara lagi, jangan lupa amalkan solat jemaah bersama suami, isteri dan anak-anak sama ada di rumah atau masjid, makan bersama dan membaca al-Quran setiap hari.
Paling penting, jagalah makanan keluarga kita daripada termakan makanan yang dilarang oleh syarak.
Insya-ALLAH dengan izin ALLAH, akan lembut hati anak-anak kita, malah hubungan keluarga semakin erat.
(Sumber: Portal Rasmi Kemusykilan Agama, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!